Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kan? Apa azam korang tahun ni?
Cuti tahun baru haritu aku dan suami beku je dekat rumah tak tahu buat apa. Tiba-tiba dapat idea untuk bawa Fathiya Addeana jalan-jalan dekat taman Eco Grandeur, Puncak Alam. Iyalah, dah sebulan pindah Puncak Alam, selalu lalu je dekat situ, tak pernah singgah.
Sebelum itu, siapa yang tengah layan drama Pujaan Hati Kanda lakonan Mira Filzah dengan Remy Ishak? Korang ada perasan tak lokasi cantik dalam lagu setiap kali sebelum drama start?
Haa lokasi cantik itu dekat Eco Grandeur Puncak Alam. Cantikkan? Ala-ala fairy tale gitu.
Lagi Satu korang ingat tak lokasi viral dekat Setia Alam tu. Nama lokasi tu Eco Ardence, tempat ambil gambar ala-ala hipster. Siapa pernah pergi angkat tangan! haha
Kiranya Eco Grandeur, Puncak Alam ini macam adik beradik Eco Ardence, Setia Alam sebab dua-duanya dibangunkan oleh Eco World iaitu pemaju perumahan yang mesra flora dan fauna.
Masa kami sampai dekat taman Eco Grandeur ni dah pukul 6.30 petang. Agak lewat sebab plan mengejut tiba-tiba. haha tapi aku tetap suka sebab ingat tak misi bawa Fathiya pegang rumput dekat dataran Setia City Mall dulu gagal?
Akhirnya misi itu berjaya dilunaskan di sini. Fathiya geli ke tidak? Jom tengok..


Geli! Itu reaksi pertama Fathiya bila tangan dia terpegang rumput. Lawak juga sebab dia duduk je statik tak berani nak merangkak pergi ke mommy atau daddy.


Tapi aku dan suami tetap biarkan je dia dekat situ, sebab pegang rumput ini boleh meransang sensory bayi juga. Lama kelamaan, Fathiya jadi selesa dan naah layan sikit gambar Fathiya.


Bila dah sampai pun pukul 6.30 petang, makanya hari pun dah nak maghrib. Aku tak sempat nak pusing semua tempat cantik dekat sini. Katanya ada jambatan ala-ala London Bridge tu, tapi aku tak explore. Lain kali ya.
Cuma sempat layan view sekitar taman yang kami bergambar tadi.



Cantikkan tempat ini? Sesuai sangat untuk korang yang memang kaki gambar tu.
Jangan risau, dekat sini ada dua tiga restoran ala hipster, kedai runcit dan farmasi. Kemudahan asas seperti tandas awam pun disediakan juga. Kawasan parkir kereta luas ya, siap dengan perkhidmatan kereta buggy secara percuma.